Pejabat Kabin @ Sendiri Bos, Sendiri Kuli

Alhamdullilah, siap juga kerja-kerja pemasangan pejabat baru syarikat perniagaan online dan agen insuran general aku. Lepas ni semua stok online aku sumbat dalam kabin. Jadi tak la semak sangat rumah aku.

Kos semua hampir RM12 ribu. Boleh dikatakan jauh lebih murah kalau aku buat binaan batu.

Aku penah tanya, Tukang rumah Indonesia minta stanby RM15K untuk buat binaan batu. Tu tak termasuk kerja-kerja pendawaian dan lain-lain lagi. Hahahaha!!!

Secara kasarnya ni kos aku kena tanggung.

Kabin 20"x10" heavy duty = RM6000
Penghantaran = RM300
Lantai siap tulang besi = RM1000
Aircon 1HP Inverter = RM1150
Awning + Grill = RM1800
Wiring (earthing) + Deposit TNB = RM1800

Total RM12,050

Signboard tu boleh buat lagi. Tu maybe dalam RM1500. Duit tepi-tepi keluar dari dompet mem​ang aku dah tak ingat. Haha

Tapi berbaloi sangat. Dari aku ulang alik kerja dengan orang. Nak makan pun  kena minta kebenaran. Huhu

No comments:

Post a Comment